Pendaftaran & Pengenalan Portal eKelas

15 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2020, telah berlangsungnya pendaftaran dan pengenalan portal Maxis eKelas 2020 bagi pelajar sekolah rendah. Seramai 5 orang pelajar sekolah rendah yang hadir bagi menyertai aktiviti ini yang telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak selama 2 jam bermula 03.00 petang – 05.00 petang.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan portal eKelas sebagai salah satu inisiatif pembelajaran secara digital kepada pelajar-pelajar. Para peserta juga diterangkan serba sedikit cara menggunakan portal tersebut dan mereka juga diajar bagaimana untuk menyimpan gambar dan memuat naik ke dalam portal masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali